
#KesJenayah - Satu lagi kes pembuangan bayi yang bakal membuatkan anda geram sampai bengang. Memang haram jadah sungguh..
MUADZAM SHAH – Penduduk di sekitar Bandar Muadzam Shah, di sini gempar selepas penemuan mayat bayi yang dibungkus dalam plastik hitam dalam tandas wanita masjid berkenaan yang ditemui sekitar jam 2.40 petang, semalam.
Setiausaha Masjid Muadzam Shah, Alwi Husin, berkata, pada waktu Zohor beliau menunaikan solat berjemaah di masjid berkenaan namun pada ketika masih tiada laporan berkaitan dengan penemuan mayat bayi itu.
“Sebelum jam 3 petang selepas saya balik ke rumah, seorang kakitangan masjid telefon maklum pada saya bahawa seorang wanita telah menemui mayat bayi itu dalam tandas wanita yang dibungkus dengan plastik sampah warna hitam.
“Saya kemudiannya minta supaya wanita berkenaan membuat laporan polis kerana beliau yang menjumpainya. Tidak lama selepas laporan dibuat, polis tiba untuk melakukan siasatan,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, wanita yang menjumpai mayat bayi itu, dia pada mulanya membiarkan sahaja bungkusan plastik hitam yang diletak di tepi mangkuk tandas tetapi berasa curiga lalu mengambilnya dan membawa keluar untuk melihat isi kandungannya.
Dalam pada itu, Alwi turut menegaskan bahawa pihak masjid memandang serius mengenai kejadian tersebut dan akan cuba membantu siasatan dengan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan akan menyerahkannya kepada pihak polis.
“Pihak masjid telah melihat rakaman bermula jam 12 tengahari semalam namun tidak kelihatan individu yang mencurigakan membawa bungkusan hitam masuk ke tandas. Buat masa ini kami masih dalam proses meneliti rakaman dalam tempoh 48 jam sebelum kejadian,” katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Rompin, Asisten Superitendan Zainul Mujahidin Mat Yudin yang dihubungi mengesahkan kejadian dan mayat bayi itu telah dibawa ke Hsopital Kuantan untuk proses bedah siasat.
Sumber Sinar Harian
Related Posts :
Subhanallah!! Anda Wajib Baca Dan Sebarkan..!! Inilah Manfaat Mendengar Azan Yang Sedang Berkumandang. SEMOGA BERMANFAAT...Subhanallah!! Anda Wajib Baca Dan Sebarkan..!! Inilah Manfaat Mendengar Azan Yang Sedang Berkumandang.Tahukah Anda manfaat yang boleh kita d… Read More...
Wajib Tahu! Inilah Kalimah yang Dilarang Dibaca Ketika Berdo’a Namun Sangat Sering Digunakan Kita...Apakah Kalimah yang Dimaksudkan Itu...Berdoa merupakan aktivitas spiritual seorang hamba untuk meminta sesuatu kepada yang pencipta. Bagi umat Islam, berdoa biasa dilak… Read More...
SUBHANALLAH...!!! Luar Biasa Menakjubkan,,Inilah Do'a Untuk Kesihatan Jantung Anda"!!! No.1 Paling Berkesan Se-Dunia... BACA DAN KONGSIKAN KEPADA SEMUA...=="INILAH DOA UNTUK KESEHATAN JANTUNG ANDA"==INILAH CARNYA:Letakan Tangan Anda di Atas DadamuDan Baca Doa di atas ini :Selamat Mencoba Ya Sa… Read More...
Hukum melintas di depan orang sedang solat . Kalau tak Faham Hukum Ini Sia sia saja Pergi Masjid!! Baca Disini...Nabi SAW dah pesan, kalaulah kita tahu besar mana dosa orang yang lintas depan orang yang tengah solat, 40 tahun pun kita sanggup tunggu sam… Read More...
ALLAHUAKBAR...!!! Rasulullah menangis melihat 8 Jenis Wanita Ini Disiksa di Neraka !! Sila sebarkan !!Dan ada diantara isteri nabi-nabi yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri man… Read More...
0 Response to "GEMPAR!! Lagi Mayat Bayi Ditemui Dibuang "
Post a Comment