SAYU : ENAM MAUT TERBAKAR 4 PEREMPUAN 2 LELAKI KEBAKARAN DI HSA ..SEDIH LIHAT JASAD-JASAD MEREKA (8GAMBAR)

Johor Bharu : Update : Maklumat sedang dikemaskini kepada keluarga yang terlibat diharap tabah menghadapi dugaan sedekah kan Al-fatihah semoga Allahyarham dan Allahyarhamah ditempat di golongan yang beriman dan beramal soleh.

6 mayat disahkan ditemui selepas terperangkap dalam kejadian kebakaran di ICU Hospital Sultanah Aminah setakat ini seorang masih hidup tetapi 80 % terbakar.
Di sahkan oleh Ketua Polis ada KematIan dalam kebakaran itu Mayat2 diletakkan di tempat khas yang di buka sementara.






Dalam Pada itu Berita Harian melaporkan : 

JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan lima pesakit maut dalam kejadian kebakaran di tingkat dua, Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi ini. 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun berkata, masih belum dapat mendedahkan identiti semua mangsa. 

"Setakat ini kami dapat mengesahkan lima pesakit maut dalam kebakaran ini. Laporan penuh berhubung kebakaran ini akan dimaklumkan kemudian," katanya di lokasi kejadian di sini, hari ini. 


Sulaiman turut menasihatkan orang ramai tidak mempercayai sebarang maklumat tidak sahih dan diviralkan di laman sosial. Kebakaran berlaku kira-kira jam 9 di ICU selatan menyebabkan pesakit di bangunan terbabit dibawa keluar ke tempat selamat.

Sumber : ceritagempakkomuniti

0 Response to "SAYU : ENAM MAUT TERBAKAR 4 PEREMPUAN 2 LELAKI KEBAKARAN DI HSA ..SEDIH LIHAT JASAD-JASAD MEREKA (8GAMBAR)"

Post a Comment