KEJAM!!!! Bapa Tendang Anak Berusia 46 Hari




TERENGGANU,  – Seorang lelaki telah bertindak ganas apabila tergamak menendang kepala bayi lelaki yang baru sahaja berusia 46 hari sejurus menumbuk muka teman wanitanya yang baru sahaja habis berpantang.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 4.30 petang di Kampung Padang Air, Gong Badak, suspek dilaporkan berang selepas diminta untuk membeli ubat.

Tindakan kejam suspek berusia 20 tahun itu membuatkan bayi malang terbabit bengkak di bahagian kepala dan kini masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Memetik laporan sebuah portal, gadis berumur 18 tahun itu mengalami bengkak pada bahagian pipi ekoran diserang suspek.

Kejadian yang berlaku kelmarin itu terjadi semasa mangsa sedang berehat di rumahnya sebelum didatangi suspek.

Suspek yang tidak bekerja dikatakan datang ke rumah untuk menjenguk teman teman wanitanya dan bayi berkenaan.

0 Response to "KEJAM!!!! Bapa Tendang Anak Berusia 46 Hari"

Post a Comment