AKHIRNYA! PENEMUAN G-SPOT WANITA TELAH DITEMUI ! SUAMI WAJIB BACA UNTUK KEBAHAGIAAN ISTERI. AMARAN! BACAAN ORANG BERKAHWIN SAHAJA !


SYDNEY, 19 Sept — Pakar kajian seks yang mempopularkan “G spot” lebih 30 tahun lalu mengakui istilah dan konsep awal yang dinyatakannya telah mengelirukan dunia.
“Saya rasa kami telah mengelirukan orang ramai, kerana ia lebih daripada satu titik kecil, ia keseluruhan kawasan,” kata Beverly Whipple seperti dilapor News.com.au semalam.
Perkataan itu, dan seterusnya minat terhadap ruang sensitif dalam kemaluan wanita, diperkenalkan oleh profesor tersebut melalui televisyen di Amerika Syarikat dan buku pada awal 1980-an.
Ditemui di rumahnya, Whipple berkata pasukan penyelidik awalnya memasukkan jari ke dalam faraj untuk mencari kawasan yang membawa puncak kenikmatan wanita.
“Antara jarum jam 11 dan 1, pada dinding depan kemaluan, kami terima banyak senyuman [wanita yang dikaji],” katanya, kini ahli akademik di Universiti Rutgers di New Jersey.
Kemudian, melalui bacaan ilmiahnya, beliau menemui kajian Dr Ernst Grafenberg pada 1950 dan menamakan titik sensitif itu dengan nama ahli sains Jerman ini, “Grafenberg spot”.
Namun sejak sekian lama ahli sains di makmal dan pasangan di bilik tidur tidak bertemu dengan pasti titik kepuasan yang dimaksudkan dengan istilah popular tersebut.
Malah, semakan terhadap kajian-kajian awal Whipple menimbulkan keraguan. Kajiannya yang diterbitkan pada 1981 hanya melibatkan seorang wanita, lapor portal itu lagi.
Ibarat mencari kapal angkasa UFO
Kajian keduanya yang melibatkan 47 wanita mendapati mereka menemui titik sensitif itu tetapi menyentuh kawasan tersebut di dalam makmal tidak menimbulkan puncak kepuasan (orgasm).
Dalam bukunya, Whipple mendakwa 400 wanita menemui titik rangsangan ini tetapi dakwaan itu tidak pernah diterbitkan dalam jurnal ilmiah.
Malah kajian terhadap 11 wanita pada 1983 mendapati hanya empat orang menikmati kepuasan pada “G spot”.
Kajian-kajian seterusnya semakin mempertikaikan idea penyelidik seks ini, antaranya yang dijalankan Helen O’Connell, profesor urologi di Royal Melbourne Hospital.
Membedah 50 alat kelamin wanita dan menyelidik lebih banyak lagi faraj di sepanjang kerjayanya, O’Connell tidak menemui struktur anatomi yang dimaksudkan Whipple.
Semakan pada 2001 terhadap kajian-kajian mengenai “G spot” mendapati idea ini ibarat keghairahan mencari kapal angkasa makhluk asing (UFO) dalam bidang biologi wanita.
Titik nikmat ini “banyak dicari, banyak diperkatakan, tetapi tidak dapat disahkan dengan kaedah yang objektif”, kata semakan itu seperti dilaporkan.
Hanya pada 1998, para penyelidik termasuk O’Connell dapat menunjukkan kelentit mempunyai bahagian-bahagian biologi yang lebih luas yang mencetuskan kenikmatan.
Namun namanya bukan lagi “G spot” tetapi “clitoral, urethral vaginal complex atau “CUV complex”. – MMO 

0 Response to "AKHIRNYA! PENEMUAN G-SPOT WANITA TELAH DITEMUI ! SUAMI WAJIB BACA UNTUK KEBAHAGIAAN ISTERI. AMARAN! BACAAN ORANG BERKAHWIN SAHAJA !"

Post a Comment