PUTRAJAYA : Nor Shahirah dijemput ajal dengan tragis dia yang menunggang motosikal maut selepas terhimpit antara pelanggaran dua buah lori muatan batu dalam satu kejadian di Kilometer 7.6 Jalan Nilai-Bukit Changang, Sepang hari ini.
Mangsa, Nor Shahirah Shahroh, 21, maut di tempat kejadian manakala salah seorang pemandu lori dalam kemalangan itu mengalami kecederaan parah kerana tersepit di tempat pemandu.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, mangsa yang maut berasal dari Kampung Baru Lanjut, Sepang dan kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.20 petang.
"Kemalangan berlaku apabila sebuah lori yang datang dari arah Nilai telah memperlahankan kenderaannya untuk berhenti di bahu jalan kerana mengalami masalah.
"Pada masa itu, motosikal ditunggang mangsa yang berada di belakang lori tersebut telah dilanggar dari belakang oleh lori lain juga dari arah belakang.
"Akibat dari pelanggaran itu, mangsa iaitu penunggang motosikal terperosok ke bawah lori di hadapannya dan maut di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau memberitahu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mayat mangsa telah dihantar ke Rumah Mayat Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat.- BS Credit UTUSAN ONLINE
0 Response to "SAYU : ANGKARA 2 LORI BATU .. GADIS INI MAUT TERSEPIT DIBAWAH LORI MOTOSIKAL DIREMPUH 8GAMBAR)"
Post a Comment