Subhanallah!! Badan Bayi Umur 4 Hari Dinaiki Ruam Merah Gara-Gara Percaya Petua Belimbing Buluh Mampu Hilang Demam Kuning



Sejak beberapa hari lalu menjadi viral di laman sosial Facebook satu pos yang dimuatnaik kononnya penawar untuk merawat kuning pada bayi baru lahir.

Posting berkenaan menyatakan bahawa belimbing buluh boleh mengurangkan kuning pada bayi berkenaan di mana pos tersebut telah dikongsi 24,000 kali oleh netizen.



Petua ini telah membuatkan ramai ibu bapa yang baru menimang cahaya mata telah teruja untuk mencuba merawat anak mereka yang baru lahir akan kuning cepat berkurang

Tetapi satu kisah yang dikongsikan oleh Klinik As-Salam 24 Jam Bandar Baru Bangi ternyata perbuatan menggunakan belimbing buluh berkenaan mengundang masalah lain yang lebih teruk apabila anak yang ditempekkan belimbing buluh seperti petua berkenaan mengalami masalah ruam satu badan.

Berikut adalah apa yang dikongsikan oleh klink tersebut.

Viral yang menjadi VIRUS

Terkejut beruk Doktor bertugas hari ini bertemu dengan bayi neonatal seawal 4 hari yang dibawa ayah dan ibunya dgn RUAM MERAH penuh dibadan bersama dengan potongan belimbing buluh di celah-celah barut dan diaper….

Sambil menarik nafas & beristighfar panjang….

Lagi terkejut bila ruam tersebut hampir menutupi jaundis (kuning) yang hampir-hampir menyebabkan doktor tidak perasan disebabkan oleh ruam merah yang hampir melitupi seluruh badan si bayi…

Bukan tarik nafas lagi, ni tahan nafas terus menahan rasa nak marah apabila si ibu menunjukkan paparan i-phone 6s petua menghilangkan jaundis bayi yang hampir 2 dekad merawat tapi tak pernah bertemu dengan petua pelik sedemikian…..

Kenapa perlu merumitkan masalah yang mudah…

Penyakit fizikal InsyaALLAH ada preskripsi…

Ubat tidak tahu bertanyalah pada yg ahlinya….


Berikut adalah penerangan yang dilakukan oleh pihak Root of Science yang menyangkal MITOS belimbing buluh boleh mengurangkan kuning bayi

Merungkai Mitos- Belimbing Buloh mengurangkan kuning pada bayi

Kuning ataupun istilah perubatannya ‘Jaundice’ merupakan salah satu fenomena yg selalu berlaku kepada bayi. Ketika di dalam kandungan, sel darah merah berserta haemoglobin dihasilkan dengan lebih banyak berbanding bayi yang telah dilahirkan. Ini kerana keadaan di dalam rahim yang kekurang oksigen. Oleh itu, Kehadiran Haemoglobin yang banyak akan membuatkan bayi mendapat oksigen yang mencukupi.

Apabila lahir, keadaan Haemoglobin yang tinggi ini tidak lagi diperlukan. Ini kerana organ paru-paru dapat membekalkan oksigen yang secukupnya kepada bayi yang telah lahir itu. Maka, haemoglobin yang berlebihan tadi akan diuraikan menjadi kompaun bilirubin. Kompaun bilirubin inilah yang menyebabkan kekuningan pada bayi.

Penyingkiran kompaun bilirubin ini hanya melalui satu jalan sahaja iaitu menggunakan enzim yang terdapat di dalam hati. Apa-apa molekul lain yang mengganggu enzim ataupun membebankan hati akan mengganggu juga penyingkiran bilirubin. Ini akan menyebabkan kandungan bilirubin tinggi dan menyebabkan kekuningan.

Sebab itu kita nasihatkan para ibu yang menyusukan bayi supaya mengelakkan diri daripada mengambil herba pada peringkat awal kelahiran. Sebab herba tersebut boleh masuk ke dalam susu dan membebankan hati bayi. Daripada dia nak singkirkan bilirubin, dia juga terpaksa berkerja untuk menguraikan molekul daripada herba tersebut.




Belimbing Buloh tidak mengurangkan kekuningan pada bayi

Menggunakan Belimbing buluh dan meletakkannya di atas kulit merupakan suatu cara yang tidak terbukti berkesan. Beberapa persoalan perlu dilontarkan berkenaan mekanisma bagaimana ia mengurangkan kekuningan pada bayi


1) Adakah dalam Belimbing Buluh mempunyai kompaun yang mampu mengurangkan kuning?


2) Adakah ia bertindak dengan cara menyerap bilirubin ke dalam buah belimbing itu?


3) Adakah dengan meletakkan belimbing itu akan menyebabkan bayi sentiasa mendapat air yang banyak drpd belimbing tersebut, lalu mengurangkan kuning pada bayi?



Ketahui bahawa kulit manusia merupakan lapisan yang telap air. Ia tidak membenarkan air dan kebanyakkan molekul lain masuk ke dalam saluran darah. Ia juga tidak membenarkan kompaun bilirubin diserap keluar daripada saluran darah ke dalam belimbing buluh tersebut.

Para pembaca perlu tahu, seseorang bayi mampu menurunkan kandungan bilirubin dalam badannya dengan sendiri tanpa memerlukan apa-apa bantuan. Sebab itu majoriti daripada bayi hanya akan diperhatikan kandungan bilirubin dalam darahnya sahaja.

Jika semakin menurun kita akan biarkan sampailah ia kembali normal tanpa berbuat apa-apa. Hanya jika ia mencapai kadar tertentu sahaja baru kita letakkan dibawah lampu biru untuk mengurangkan kekuningan bayi tersebut.

Semoga bermanfaat.

0 Response to "Subhanallah!! Badan Bayi Umur 4 Hari Dinaiki Ruam Merah Gara-Gara Percaya Petua Belimbing Buluh Mampu Hilang Demam Kuning"

Post a Comment