(8GAMBAR) : PELAJAR MALAYSIA ..MUIZZ INSAN YANG SANGAT BAIK DIA DIJEMPUT AJAL MULUT BERBUIH DI HOSTEL NYA DI SURABAYA

JAKARTA : Allahu Akbar arwah insan yang sangat baik dan sempurna segala sifat, Abdul Muizz seorang insan yang disenangi rakan-rakan dan amat baik dan lah mempunyai raut wajah yang kacak.
Namun kini semua nya tinggal kenangan, Allah lebih sayangkan nya ditelah dijemput ilahi disaat tengah menuntut ilmu agama, permergian nya agak tragis dengan mulut berbuih dibilik sewanya.
Seorang penuntut Malaysia di Universiti Islam Negeri Sunan Ampel di Surabaya, dijumpai mati di dalam bilik di rumah sewanya berhampiran kampus universiti itu hari ini.





Abdul Mu’izz Rusli, 19, penuntut taihun pertama Jurusan Bimbingan dan Kaunseling Islam, didapati tidak sedarkan diri semasa dikejutkan rakannya supaya bangun menunaikan solat Subuh.
Atase Pendidikan Malaysia di Indonesia Mohamad Hidayat Mohamad Saufi berkata rakannya juga mendapati mulut Abdul Mu’izz, yang berasal dari Kota Samarahan, Sarawak, berbuih selain adanya kesan luka kecil pada bahagian kepalanya.
“Selepas dibawa ke hospital berhampiran, doktor mengesahkan Abdul Mu’izz meninggal dunia kira-kira 2 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Polis menyifatkan kematian penuntut itu sebagai kematian biasa dan tiada unsur jenayah.
Mohamad Hidayat berkata keluarga Abdul Mu’izz telah dimaklumkan mengenai kejadian itu.
“Mereka yang dalam perjalanan ke Surabaya juga meminta supaya jenazah Allahyarham dikebumikan di Surabaya,” katanya. Al fatihah

Sumber Asal : ceritagempakkomuniti

0 Response to " (8GAMBAR) : PELAJAR MALAYSIA ..MUIZZ INSAN YANG SANGAT BAIK DIA DIJEMPUT AJAL MULUT BERBUIH DI HOSTEL NYA DI SURABAYA"

Post a Comment