PADA tarikh ini, 26 Disember tahun 2004, Aceh dilanda gempa bumi besar, di susuli dengan bencana tsunami yang telah menyebabkan ratusan ribu terkorban dan akibat daripada bencana itu.
Sejak itu, Aceh telah menjadi sebuah tempat yang diibaratkan ‘seperti padang jarak padang tekukur’.
Ya kini, 12 tahun peristiwa itu berlalu, namun kisahnya masih meniti di bibir kita sehingga ke hari ini, ianya telah memotret pelbagai kisah suka dan duka, tidak juga ketinggalan kisah-kisah aneh dan ajaib antaranya lima kisah menakjubkan daripada sejumlah mereka yang terselamat antaranya, kisah seorang nenek tua yang diselamatkan oleh seekor ular.
Memetik laporan Liputan6.com, melaporkan pada pagi 26 Disember 2004 lalu, Umi Kalsum, 58, sedang leka dengan aktivitinya iaitu menanam bunga di pekarangan rumahnya di Kampung Alu Naga, Kabupaten Aceh Besar. “Namun tiba-tiba bumi bergoyang, beberapa lama selepas gempa orang berlari-larian, sambil berteriak mengatakan air laut naik.
“Umi juga turut berlari, namun tiba-tiba Umi merasakan ada air menghempas badan, lantas Umi terus tidak sedarkan diri kerana dibawa arus kuat tsunami,” tuturnya dalam bahasa Aceh.
Ujarnya lagi, dia sedarkan diri apabila ia tersekat di sebuah jambatan iaitu di jambatan Kajhu, dan di situlah katanya ada keajaiban berlaku, iaitu ada bersamanya adalah seekor ular.
Ujarnya lagi, dia sedarkan diri apabila ia tersekat di sebuah jambatan iaitu di jambatan Kajhu, dan di situlah katanya ada keajaiban berlaku, iaitu ada bersamanya adalah seekor ular.
“Subhanallah mulut ular itu di hadapan saya, tubuh saya dililitnya,” katanya lagi. Katanya, perkiraan awal dia merasakan ular itu hanyalah sebatang pohon pisang. “Warnanya berceloreng, sampai di jambatan itu saya sudah sedar, dan apabila melihat kepala ular itu, saya cuma katakan selamatkan saya ke darat,” kenangnya lagi.
Katanya lagi, ular itu sebesar tiang elektrik, dan ‘membebaskannya’ selepas dia menghampiri kawasan tanah. “Ditarik badan saya daripada lilitannya, tiba-tiba ular itu melepaskan saya dengan meluruskan tubuhnya, dan pergi entah ke mana,” ujar Umi.
Kisah kedua pula memaparkan kisah, si Martunis yang dikenali sebagai kanak-kanak ajaib.
Pagi itu, Martunis sedang bermain bola sepak di belakang rumahnya, sedang asyik bermain tiba-tiba gempa kuat berukuran 9.1 skala Richter telah menghentikan dia daripada keseronokan bermain bola sepak.
“Selepas itu saya dibawa arus hingga saya pengsan, saya tersedar kembali selepas tersangkut di pohon bakau di kawasan Deah Raya, Kecamatan Syiah Kuala.
“Semuanya rata, saya tak tahu di mana letaknya kampung saya, yang nampak hanyalah bergelimpangan mayat-mayat,” kenang Martunis. Martunis yang telah bertahan selama 21 hari di atas pohon itu dengan ‘ditemani’ gelimpang mayat di sana-sini.
“Untuk bertahan hidup saya memungut makanan dan air mineral yang terseret oleh gelombang tsunami,” katanya lagi. Pada hari ke-21, dua lelaki yang sedang mencari keluarganya di kawasan tersebut menemui Martunis. Lantas, Martunis diserahkan kepada wartawan Sky News yang ketika itu sedang membuat liputan bencana tsunami di kawasan Deah Raya.
Manakala kisah ketiga pula mengisahkan bagaimana adik beradik Noni Delfina (kakak) dan Nina Delfina yang terselamat selepas meninggalkan rumah mereka tatkala tsunami masih belum menghampiri kawasan rumah mereka.
“Kami keluar dari rumah bersama, tapi kami terpisah apabila aku (Nina) menumpang motosikal untuk turun ke jalan , manakala Noni memilih pergi dengan basikalnya,” kata Nina. Namun tak semena-mena gelombang tsunami datang menghempas kami jua, saya (Nina) diseret ke sebuah bangunan.
“Saya berdoa dan terus berenang ke kawasan berbukit, alhamdulillah saya akhirnya terselamat,” kata Nina yang bagaimanapun tidak menuturkan kisah bagaimana adiknya Noni terselamat.
Dalam pada itu, kisah keempat pula mengisahkan bagaimana selepas 10 tahun menghilang akhirnya ditemui. Fanisa Rizkiam, merupakan salah seorang yang terselamat daripada tsunami, ketika kejadian Fanisa masih berumur lima tahun, namun dek kerana bencana itu dia telah terpisah daripada orang tua dan keluarganya.
Tanpa dapat mengingati kejadiannya, Fanisa kemudian tinggal dan menjadi pekerja di Malaysia. Keberadaan Fanisa diketahui setelah Pemerintah Aceh mendapat maklumat daripada Jabatan Pekerja Indonesia di Malaysia, bahawa ada anak di bawah umur yang berasal dari Aceh yang bekerja di Malaysia.
“Setelah di selusuri ternyata Fanisa merupakan anak mangsa tsunami,” ujar Ketua Dinas Sosial Aceh Bukhari, ketika tiba di Lapangan Terbang, Sultan Iskandar Muda, Blang Bintang, Aceh Besar, Jumaat lalu tatkala menunggu Fanisa bersama keluarganya.
Manakala kisah terakhir pula adalah bagaimana sebuah kubah masjid yang hanyut dek kerana tsunami berjaya menjadi kapal penyelamat. Kubah yang kini dikenali sebagai nama Masjid al-Tsunami ini dulu merupakan kubah masjid Jamik di Desa Lamteungoh, Peukan Bada, Aceh Besar.
Ketika gelombang tsunami ‘menerjah’ Aceh 2004 lalu, seluruh bangunan masjid rosak dan hanya menyisakan kubah masjid berdiameter 4×4 meter. Kubah itu dibawa arus gelombang sejauh lima kilometer dan terdampar di Desa Gurah.
Sepanjang perjalanannya kubah itu telah menjadi tempat berpaut bagi mangsa tsunami, dilaporkan banyak yang terselamat selepas mereka berjaya berpaut pada kubah itu.
Ketika kubah itu ditemui selepas tsunami, penduduk berjaya menemui beberapa kitab suci al-Quran yang melekat di kubah berkenaan. Kitab suci yang terendam air itu kini telah dihancurkan dan disimpan dalam sebuah botol kaca khas.
Rahsia Pancutkan Isteri ..
ReplyDeleteKenikmatannya Terasa Hingga Ke Subuh !!
>>> KLIK HERE !! <<<