VIRAL Jambatan BUNIAN Di Lebuhraya Port Dickson. Ini JAWAPAN Pakar Yang Buat Ramai SETUJU !!! Memang Tak Sangka Betul...


Jangan kata ini artikel fitnah. Ini cuma untuk penjelasan sahaja. Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai cerita jambatan bunian di Port Dickson. Jambatan berkenaan terdapat di beberapa lokasi sepanjang jalan berkenaan.


Cerita yang tersebar kononnya jambatan berkenaan dibina untuk laluan bunian bagi mengelakkan kemalangan berlaku apabila bunian melintasi lebuhraya. Apatah lagi kemalangan kerap berlaku di kawasan berkenaan. Ada juga cerita yang mengatakan ada perjanjian antara manusia denagn bunian. Dua jambatan berkenaan dibina bagi mengelakkan malapetaka berlaku.

Misteri cerita jambatan bunian di Port Dickson akhirnya terjawab – Err.. Macam pelik juga bunyinya. Bunian ni perlukan jambatan ke untuk lintas jalan?

Bagaimana pula dengan cerita perjanjian antara manusia dengan bunian? Elak malapetaka? Fuh, makin suspen juga kami bila cari maklumat dan menulis pasal artikel ini.

2

Apa penjelasan yang kami dapat…?

Hmm.. Berdasarkan sumber awal, janganlah kita mudah percaya dengan cerita-cerita sebegitu. Bukan bermaksud kami nak menafikan kewujudan ‘mereka’ namun sebenarnya jambatan berkenaan dibina bagi laluan haiwan untuk melintasi jalan (wildlife crossing) dari dua kawasan hutan yang ada ditepi lebuhraya berkenaan. Kebanyakkan negara lain sudah lama mengaplikasi kaedah ini begi mengelakkan haiwan liar kemalangan.

3

Namun begitu, ada cerita lain juga yang keluar dari mereka yang tinggal di kawasan berdekatan. Ada yang mendakwa, jambatan berkenaan tidak boleh digunakan pun oleh haiwan kerana terdapat pagar yang menghalang laluan.

Oleh itu mereka menafikan jambatan itu adalah untuk kegunaan haiwan liar melintas. Mereka mendakwa jambatan itu sebenarnya dibina untuk tujuan promosi Port Dickson. Dengan adanya jambatan tersebut maka boleh dibina ruang iklan untuk disewa. Selain itu untuk penunggang motosikal berteduh ketika hujan. (Setakat pasang billboard takkan sampai bina jambatan sesaja jer..?)

4

Dalam pada itu, ada juga sumber yang mendakwa jambatan berkenaan sebenarnya dibina sebagai perancangan masa depan. Dalam erti kata lain, buat jambatan dulu baru buat jalan raya bila sudah ada dana.

Lagi satu, ada yang memberitahu sebenarnya Lebuhraya Seremban – Port Dickson dibina dengan jajaran merentasi hutan simpanan kawasan latihan tentera darat. Lebuhraya ini telah membahagi kawasan latihan tersebut. Bagi memudahkan pergerakkan latihan tentera maka jambatan berkenaan telah dibina.

Ok, ada juga yang mengatakan yang sebenarnya jambatan itu bukan untuk laluan bunian dan bukan jugak untuk laluan binatang. Jambatan tu adalah tanda sempadan penyelengaraan PLUS.

Katanya, jambatan tu ada dua, satu selepas lampu isyarat simpang empat Port Dickson, Linggi, Seremban, Teluk Kemang dan satu lagi selepas Tol Mambau. Kat bawah jambatan tu ada papan tanda bertulis sempadan had penyelengaraan PLUS.

Apa yang terjawab…?

5

Pada kami jambatan berkenaan bukanlah dibina khusus untuk bunian melintas jalan (susah sebenarnya kami nak terima).

Ada sebab baik pembinaannya yang mungkin kita masih kurang jelas dan fahamkan. Benda nak bina ni melibatkan kos, sudah tentu pihak berkenaan memerlukan tujuan untuk wang mereka dibelanjakan. Takkan nak tulis, pembinaan jambatan untuk kegunaan bunian pulak kot. [sumberinfo: um-fabolous.blogspot.com] via AMMBOI.

Ke ada yang nak tambah…? Silakan………..

0 Response to "VIRAL Jambatan BUNIAN Di Lebuhraya Port Dickson. Ini JAWAPAN Pakar Yang Buat Ramai SETUJU !!! Memang Tak Sangka Betul..."

Post a Comment